Monday, 19 October 2015
Saturday, 10 October 2015
PENGAJARAN
Pengajaran yang terdapat dalam Kebudayaan Kebangsaan ini ialah :
1) Kita haruslah mengekalkan kebudayaan yang terdapat di Malaysia agar tidak luput ditelan zaman
2) Kita mestilah mengeratkan silaturrahim antara semua kaum di Malaysia agar tidak berpecah belah.
3) Kita perlulah bersatu-padu dalam apa jua aktiviti kemasyarakatan supaya tidak berlaku puak antara kaum .
4) Sebagai rakyat Malaysia , kita haruslah berbangga dengan pelbagai kaum yang terdapat di Malaysia kerana ianya satu perkara yang unik yang tidak akan dapat di Negara lain .
KESIMPULAN
Penggubalan dan pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan adalah perlu bagi negara Malaysia
yang sedang membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum yang mengamalkan
budaya yang berbeza. Dasar ini dapat menjadi garis panduan dalam membentuk serta mewujudkan
satu bangsa yang bersatu-padu serta mengekalkan identiti negara di kalangan dunia antarabangsa.
Namun demikian pelaksanaannya adalah rumit dan tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat.
Kesedaran dan kefahaman yang luas akan dapat membantu tercapainya hasrat dan cita-cita
pelaksanaan dasar ini kerana dengan keinsafan itu sahaja Kebudayaan Kebangsaan akan dapat
dibezakan dengan kebudayaan kesukuan atau kebudayaan kaum. Kebudayaan yang dipupuk itu akan
mencirikan sifat-sifat persamaan yang melampaui batas-batas suku kaum dan memperlihatkan
keperibadian kcbangsaan Malaysia itu sendiri sebagai sebuah negara yang merdeka dan bermaruah.
RUJUKAN
Assalamualaikum , kumpulan kami menggunakan rujukan dalam laman web yang tertera . Laman web ini membantu kami untuk mencari isi penting yang akan digunakan dalam setiap perbentangan dan isi di dalam blog ini . Isi ini juga digunakan sebagai isi rujukan .
1) https://id.wikipedia.org/wiki/Budaya
2) https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Kebudayaan_Kebangsaan
3)http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/238-dasar-kebudayaan-kebangsaan.html
4) Oxford Fajar Pengajian Malaysia Edisi Kelima
5)
Thursday, 8 October 2015
TENTANG KEBUDAYAAN MALAYSIA
1)Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia ialah Melayu, Cina dan India.
Melayu
1)Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu.2) Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung.
Cina
1) Kebanyakan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme atau Kristian, berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi.
India
1)Kebanyakannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam, dan Hindi. Selain itu, terdapat juga kaum Sikh,Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain.2)Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas.
Kaum Orang Asli
1)Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar.
2)Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia.
3) Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia.
4)Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulanetnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain.
5) Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. 6)Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor.
2)Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia.
3) Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia.
4)Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulanetnik yang mempunyai pendapatan terendah berbanding kumpulan etnik yang lain.
5) Kemungkinannya ini disebabkan sistem ekonomi mereka yang tidak bergantung kepada wang tunai, contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran hutan tanpa perlu dibeli. 6)Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor.
Muzik
1) Muzik Malaysia merangkumi muzik tradisional dan kontemporari yang dimainkan oleh rakyat Malaysia.
2)Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis.
3)Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.
2)Muzik tradisional banyak dipengaruhi oleh budaya Cina, Islam, India dan Indonesia. Kebanyakan alat muzik terdiri daripada gendang, seruling, gong dan sebagainya. Negara ini mempunyai tradisi yang kuat dalam tarian, sesetengahnya berasal daripada Thai, India, dan Portugis.
3)Selain itu, ada juga wayang kulit, silat, dan barangan kraf seperti batik, sulaman, dan barangan perak dan tembaga.
Makanan di Malaysia
Seperti rakyatnya, makanan di Malaysia adalah pelbagai, dari makanan berat seperti nasi lemak hinggalah yang ringan seperti kuih.
| Kebudayaan Malaysia... |
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
- Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum.
Proses pembentukan kebudayaan kebangsaan memerlukan perancangan yang teliti dan rapi , Ini supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemasyarakatan .
Rasional : -
- Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti di Malaysia
- Melalui dasar ini ia akan menjadi garis dalam membentuk , mewujudkan dan juga mengerakkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.
Objektif : -
- Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan
Strategi : -
- Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan , kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
PEMBENTUKAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MENGAMBIL KIRA TIGA ASPEK UTAMA :
- BERTERASKAN KEBUDAYAAN RAKYAT ASAL RANTAU
- UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN LAIN YANG SESUAI DAN WAJAR DITERIMA
- ISLAM MENJADI UNSUR PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
BERTERASKAN KEBUDAYAAN RAKYAT ASAL RANTAU
-Malaysia , Indonesia , Filipina , Singapura , Brunei , Negara Thailand dan Khampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik sehingga Malagasi merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu
UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN LAIN YANG SESUAI DAN WAJAR DITERIMA
- Kebudayaan sebagai suatu yang dinamik , sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan . Prinsip ini bertetapan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya .
ISLAM MENJADI UNSUR PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
- Agama dan kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berkahlak dan keperibadian mulia .
Subscribe to:
Comments (Atom)








