DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
- Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum.
Proses pembentukan kebudayaan kebangsaan memerlukan perancangan yang teliti dan rapi , Ini supaya dapat melahirkan cara hidup yang bersifat kemasyarakatan .
Rasional : -
- Penggubalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan penting bagi sesebuah negara membangun dan yang mempunyai penduduk berbilang kaum seperti di Malaysia
- Melalui dasar ini ia akan menjadi garis dalam membentuk , mewujudkan dan juga mengerakkan identiti negara dalam kalangan dunia antarabangsa.
Objektif : -
- Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan
Strategi : -
- Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan , kenegaraan dan nasionalisme Malaysia
PEMBENTUKAN DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN MENGAMBIL KIRA TIGA ASPEK UTAMA :
- BERTERASKAN KEBUDAYAAN RAKYAT ASAL RANTAU
- UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN LAIN YANG SESUAI DAN WAJAR DITERIMA
- ISLAM MENJADI UNSUR PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
BERTERASKAN KEBUDAYAAN RAKYAT ASAL RANTAU
-Malaysia , Indonesia , Filipina , Singapura , Brunei , Negara Thailand dan Khampuchea serta Kepulauan Selatan Pasifik sehingga Malagasi merupakan bahagian utama dari kawasan tamadun atau budaya Melayu
UNSUR-UNSUR KEBUDAYAAN LAIN YANG SESUAI DAN WAJAR DITERIMA
- Kebudayaan sebagai suatu yang dinamik , sentiasa berubah-ubah melalui proses penyerapan dan penyesuaian secara berterusan . Prinsip ini bertetapan dengan situasi penduduk berbilang kaum yang mewarisi pelbagai budaya .
ISLAM MENJADI UNSUR PEMBENTUKAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
- Agama dan kepercayaan kepada Tuhan merupakan unsur penting dalam proses pembangunan negara serta pembentukan rakyat yang berkahlak dan keperibadian mulia .



No comments:
Post a Comment